Saturday, January 12, 2008

Al Quran & Ahlul Bait

Rasul s.a.w telah bersabda:

"Sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua peninggalan yang jika kamu berpegang padanya tidak akan kamu sesat sepeninggalanku. Salah satunya lebih besar dari yang kedua, yaitu kitab Allah azza wajalla seumpama tali penghubung yang kokoh terentang dari langit sampai kebumi dan keluargaku ahlil baitku, keduanya tidak akan terpisah satu dengan yang lain hingga bertemu denganku diakhirat ditelaga Haudh/kautsar maka perhatikanlah kamu bagaimana kamu sepeninggalku memperlakukan keduanya".

Diriwayatkan oleh Muslim dan Tarmidzi

Persoalan yg ingin dikemukakan disini ialah apakah kaitannya diantara ahlul bait Rasulullah saw dengan Al Quran? Kenapakah Rasulullah saw menyebut keduanya tidak akan terpisah sehingga hari kiamat? Apa yg tersirat disebalik maksud kata-kata Rasulullah saw itu?

Sudah menjadi kelaziman Rasulullah saw membuat kiasan melalui hadis-hadis Baginda. Hanya yg bias memahami apa yg dikias. Rasulullah saw pernah menyebut bahawa Syadina Ali bersama Al Quran dan Al Quran bersama Syaidina Ali. Persoalan yg begini sepatutnya menjadi tumpuan ulama-ulama diakhir zaman ini supaya dapat diperjelaskan kepada umat Islam apa yg tersirat disebalik kiasan Rasulullah saw itu. Ini menjawab kepada masalah umat Islam diakhir zaman ini.

Kalau dilihat kepada susur galur Rasulullah saw, ianya bermula dari Nabi Adam as. Ini bermakna pertalian kenabian itu berpunca dari sumber yg satu. Daripada Rasulullah saw pula susur galur itu bersambung kepada Syaidina Hasan ra dan Syaina Husin ra. Malah menegaskan bahawa umat Rasulullah saw akan bersumber daripada keturunan Syaidina Hasan ra dan Syaidina Husin ra. Daripada keturunan Syaidina Hasan ra pula Islam berkembang ke Nusantara melalui Maulana Malik Ibrahim. Ini bermakna bangsa Arab dan Melayu mendapat Islam daripada Rasulullah saw dan ahlul bait Baginda. Hari ini Arab dan Melayu menjadi dua kaum terbesar penganut agama Islam. Ianya tidak berhenti disitu tetapi akan bersambung pula kepada Imam Mahdi dari keturunan Syaidina Husin ra. Apabila Islam disebut akan dibangkitkan semula dari timur, maka Nusantara menjadi fokus kerana pengembangan Islam sebelum penjajahan berhenti di Nusantara. Dimana ianya berhenti maka disitulah ianya bermula kembali. Itu sudah menjadi tertib pada urusan Allah SWT. Dari Timur iaitu Nusantara maka Islam akan bergerak semula ke Tanah Arab. Susunan ini sudah sepatutnya menjelaskan bahawa Islam sekarang sedang berpusat di Nusantara tetapi tanpa Daulah dan Khalifahnya. Kemana Islam berpusat maka ada dua perkara yg akan mengiringi Islam iaitu Ahlul Bait dan Al Quran. Jika ditinggalkan salah satu daripadanya maka akan terjadilah seperti pesanan Rasulullah saw. Inilah masalahnya yg terjadi sekarang. Bukankah apa yg umat Islam perlakukan kepada ahlul bait Baginda maka itu juga yg sedang diperlakukan oleh orang kafir terhadap umat Islam. Baginda sudah memaklumkan bahawa Bani Hasyim akan terpinggir selepas zaman Baginda sehinggalah datang Pemuda dari Timur untuk mengembalikan semula hak pada yg hak. Apa yg akan terjadi diakhir zaman ini sudah Rasulullah saw kabarkan. Rasulullah saw adalah sumber cahaya, Syaidina Ali ra seumpama pintunya dan ahlul bait seumpama kuncinya. Apa yg ada pada umat Islam sekarang? Ahlul bait bukan milik Syiah. Sunnah bukan milik sunni. Kiblat bukan milik Wahabi. Islam itu milik Allah. Maka ambillah Islam itu dari sumber yg dijamin.

"Sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua peninggalan yang jika kamu berpegang padanya tidak akan kamu sesat sepeninggalanku, Salah satunya lebih besar dari yang kedua, yaitu kitab Allah azza wajalla seumpama tali penghubung yang kokoh terentang dari langit sampai kebumi dan ahlil baitku

Walaupun ayat Al Quran sudah selesai diturunkan tetapi fungsinya masih diperlukan. Ada ilmu yg tersembunyi didalam Al Quran dan ahlul bait Baginda adalah pemegang kunci terakhir. Ummul Kitab adalah kunci terakhir kepada semua pembuktian daripada Allah SWT. Rasulullah saw yg membuka kunci awal Al Quran dan ahlul bait Baginda yg akan mengakhiri tanggungjawab Baginda. Dengan terbukanya kunci terakhir melalui ahlul bait Baginda maka akan terbongkarlah segala kerahsiaan Al Quran yg tersimpan selama ini. Ini menandakan dunia sudah akhir zaman. Baginda yg memulakan tugas di akhir zaman maka ahlul bait Baginda yg akan mengakhiri akhir zaman. Jika Baginda bermula dengan keadaan asing maka ahlul bait Baginda juga akan bermula dalam keadaan asing. Yg alpa dan lalai akan terus dialpakan dan dilalaikan dengan segala kesenangan dunia yg hanya tinggal sedikit saja lagi. Yg memegang pesanan akan mencari walaupun terpaksa berangkak didalam salji. Yg ingat akan selalu diingat.

Sesungguhnya menghidupkan Islam didunia ini ada tertibnya. Malaikat Jibril menyampaikan wahyu dalam bentuk cahaya kepada Rasulullah saw. Rasulullah saw pula menyampaikan wahyu dalam bentuk perkataan kepada manusia. Setelah kewafatan Baginda maka cahaya wahyu itu diwariskan pula kepada ahlul bait Baginda. Jika perhubungan ahlul bait dengan manusia terputus maka terputuslah cahaya Al Quran dengan manusia. Manusia boleh terus menggunakan Al Quran tetapi apa erti Al Quran tanpa cahayanya. Nur Muhamad seumpama cermin yg membiaskan Nur Ilahi ke hati manusia. Maka Nur Ilahi pada Al Quran dibiaskan ke Rasulullah saw dan seterusnya cahaya itu dibiaskan ke Syaidina Ali ra. Cahaya itu terpecah dua ke Syaidina Hasan ra. dan Syaidina Husin ra. dan seterusnya kepada ahlul bait yg bertaraf Imam dan cahaya itu bersatu kembali pada Imam Mahdi dan seterusnya Nur muhamad itu kembali semula ke Rasulullah saw. Dimana ia bermula disitu ianya berakhir. Manusia yg bersama cahaya itu seumpama kaum Nuh yg menaiki bahtera itu.

Rasulullah saw bersabda:

“Ketahuilah, sesungguhnya perumpamaan Ahlul Baitku diantara kalian adalah seperti kapal Nuh diantara kaumnya. Barangsiapa menaikinya , iapun selamat dan siapa tertinggal olehnya, iapun tenggelam,” ( HR. Al Hakim ).

Ulama-ulama juga menjadi wakil utk menyampaikan ajaran Islam kepada manusia. Ulama Pewaris Nabi adalah ulama yg berbai’ah dengan wakil Rasulullah saw. Jika ulama itu tidak berbai’ah dengan wakil Rasulullah saw maka dia itu Ulama Pewaris siapa?



1 comment:

elfan said...

Dlm Al Quran yang menyebut 'ahlulbait', rasanya ada 3 (tiga) ayat dan 3 surat.

1. QS. 11:73: Para Malaikat itu berkata: "Apakah kamu merasa heran tentang ketetapan Allah? (Itu adalah) rahmat Allah dan kebrkatan-Nya, dicurahkan atas kamu, hai ahlulbait. Sesungguhnya Allah Maha Terpuji lagi Maha Pemurah".

Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya, maka makna 'ahlulbait' adalah isteri dari Nabi Ibrahim.

2. QS. 28:12: Dan Kami cegah Musa dari menyusu kepada perempuan-perempuan yang mau menyusukan(nya) sebelum itu; maka berkatalah Saudara Musa: 'Maukahkamu aku tunjukkan kepadamu 'ahlulbait' yang akan memeliharanya untukmu, dan mereka dapat berlaku baik kepadanya?

Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya, maka makna 'ahlulbait' adalah Ibu Nabi Musa As. atau ya Saudara Nabi Musa As.

3. QS. 33:33: "...Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu 'ahlulbait' dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya".

Ayat ini jika dikaitkan dengan ayat sebelumnya QS. 33: 28, 30 dan 32, maka makna ahlulbait adalah para isteri Nabi Muhammad SAW. Sedangkan sesudah ayar 33 yakni QS. 33:34, 37 dan 40 penggambaran ahlulbaitnya mencakup keluarga besar Nabi Muhammad SAW. isteri plus anak-anak beliau.

Coba baca catatan kaki dari kitab: Al Quran dan Terjemahannya, maka ahlulbaik yaitu KELUARGA RUMAHTANGGA RASULULLAH SAW. Berarti, penyandang ahlulbait dari kel. Nabi SAW terakhir adalah Bunda Fatimah. Sementara jika dikaitkan dengan QS. 33:4-5 yang berhak mewarisi nasab adalah laki-laki atau bapaknya. Dengan demikian, anak-anak dari Bunda Fatimah adalah bernasab pada Saidina Ali bin Abi Thalib bukan pada Bunda Fatimah.