Wednesday, January 16, 2008

Islam Dan Kepimpinan

Setelah penjajahan melanda wilayah2 Islam, kepimpinan Islam telah diserang dengan hebat. Dengan tertegaknya sistem kufar sekali gus ini mematikan kuasa Raja dan Ulama utk berkuasa semula didalam kerajaan. Penjajah sudah pastikan hanya kepimpinan Melayu yg sudah disebatikan dengan pendidikan barat sahaja boleh diberikan kuasa utk membentuk kerajaan. Sejak itu umat Islam berada pada satu tahap kekeliruan fahaman yg kritikal. Pelajar-pelajar yg memegang diploma, ijazah, masters dan Phd dalam bidang syariat mula diberi tempat didalam pentadbiran Islam. Pentadbiran Islam pula telah diletakkan dibawah kuasa politik. Apakah dengan menguasai ilmu dibidang syariat sahaja sudah melayakkan seseorang itu utk berfatwa bagi pihak Allah SWT. Benarkah begitu caranya Islam ditadbir bagi pihak Allah SWT?

Islam terbentuk daripada 4 komponen iaitu Syariat, Tarekat, Hakikat dan Makrifat. Setiap satu komponen itu mempunyai fungsinya tersendiri. Syariat hanyalah salah satu daripada komponen yg diperlukan untuk menghidupkan Islam di sepanjang zaman. Sistem pendidikan Islam sekarang tidak merangkumi pengajian Tarekat, ini tidak menepati keperluan pendidikan Islam yg sempurna. Tarekat tidak berfungsi maka Hakikat dan Makrifat akan mati. Apabila makrifat mati maka fungsi Al Quran juga akan turut mati. Apa ertinya Islam tanpa cahaya Al Quran?

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali". Di riwayatkan oleh al Baihaqi.

Cuba kita renungkan hadis diatas. Perkataan ‘ulama mereka’ ditujukan kepada ulama pada zaman Islam sudah tinggal nama, Al Quran hanya tinggal tulisan dan mesjid tersergam indah tapi kosong daripada hidayah. Perkataan ‘fitnah’ di dalam hadis diatas pastinya dikaitankan dengan fahaman yg disampaikan oleh ulama tersebut pada umat Islam dizaman itu sehingga berlakunya tiga masalah seperti yg disebut didalam hadis diatas. “Ulama mereka” dan Ulama Pewaris Nabi adalah dua kategori ulama yg berbeza.

Apabila Tarekat pupus, maka Hakikat dan Makrifat turut sama pupus. Ini bermakna tiada lagi golongan Hakikat dan Makrifat di dalam masyarakat Islam. Jika Makrifat sudah pupus maka muncul ulama-ulama seperti yg dimaksudkan di dalam hadis tersebut. Manusia yg belum mencapai taraf Makrifat adalah manusia yg belum sempurna Islamnya. Oleh kerana pada masa itu sudah tidak ada lagi manusia yg sampai ke peringkat Makrifat, maka umat Islam melantik orang-orang yg mempunyai ilmu agama tetapi belum sempurna Islamnya untuk menjadi ‘ulama mereka’.

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." Di riwayatkan oleh Muslim.

Di dalam hadis diatas menerangkan Allah SWT akan mencabut atau menghilangkan ilmu agama daripada umat Islam dengan mematikan ulama. Bagaimana istilah ulama ini nak ditakrifkan pada zaman ini? Ada 2 kategori ulama dimana yg satunya berkhidmat didalam kerajaan dan yg satu lagi tidak berkhidmat didalam kerajaan. Setelah Sistem Khulafa dihapuskan oleh Yahudi, British dan Freemason, maka Khalifah Islam pun tenggelam sama. Apabila Khalifah tiada maka tiadalah wakil Rasulullah saw didunia ini. Dengan siapa ulama nak berbai'at? Ulama sepatutnya mewakili Rasulullah saw utk menyambung tugas Rasulullah saw didunia ini. Itu sebab ianya di panggil Ulamak Pewaris Nabi. Bagaimana pula Ulama Pewaris Nabi boleh terhubung dengan Raulullah saw setelah kewafatan Baginda?

Rasulallah saw bersabda:

"Sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua buah benda peninggalan yang berat kadarnya, pada lain riwayat, sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua peninggalan yang jika kamu berpegang padanya tidak akan kamu sesat sepeninggalanku. Salah satunya lebih besar dari yang kedua, yaitu kitab Allah azza wajalla seumpama tali penghubung yang kokoh terentang dari langit sampai kebumi dan keluargaku ahlil baitku, keduanya tidak akan terpisah satu dengan yang lain hingga bertemu denganku diakhirat ditelaga Haudh/kautsar maka perhatikanlah kamu bagaimana kamu sepeninggalku memperlakukan keduanya". (Diriwayatkan oleh Muslim danTarmidzi)

Daripada hadis diatas kita lihat Rasulullah saw mengaitkan Ahlul Bait Baginda dengan Al Quran dan ditegaskan lagi bahawa keduanya tidak akan terpisah hingga ke akhirat kelak. Islam yg kita amalkan hari ini adalah Islam tanpa ahlul bait dan cahaya Al Quran. Kedua-duanya adalah satu pakej yg tidak boleh dipisahkan. Malah Baginda menegaskan selagi mana manusia berpegang kepada keduanya selepas kewafatan Baginda maka umat Islam tidak akan sesat. Persoalannya apakah ulama dan umat Islam sekarang berpegang kepada kedua-duanya atau hanya memegang kepada ayat-ayat Al Quran sahaja? Apakah dengan berkata “kami menghormati dan menyayangi ahlul bait” tanpa perlu berbai’at sudah dikira mencapai maksud “berpegang” seperti yg ditegaskan oleh Rasulullah saw didalam hadis diatas. Bukankah berbai’at adalah cara dan tertib yg sepatutnya menjadi amalan didalam soal menzahirkan perhubungan yg sebegini. Kita masih mempunyai Al Quran ditangan kita. Tetapi adakah Al Quran yg ada ditangan kita itu masih mengandungi cahaya atau sekadar tinggal tulisan sahaja? Sepatutnya dengan meneliti kedua-dua hadis diatas kita sudah boleh keluar dari kekeliruan. Ini juga sudah cukup utk menjawab kenapa umat Islam lemah dan berpecah belah sekarang. Yg sepuak berpegang kepada ahlul bait dengan caranya, yg sepuak lagi berpegang kepada Al Quran dan Sunnah dengan caranya, yg sepuak berpegang kepada ulama-ulamanya, yg sepuak pula menolak Tarekat, Tasawuf dan Sufi dll. Tidak ada satu pun yg berpegang dengan sebenar-benar pegang kepada yg sepatutnya dipegang secara menyeluruh dan mengikut tertib yg sebenar. Semuanya membuat kesimpulan yg membuat mereka tersimpul dengan ilmu-ilmu dan fahaman-fahaman mereka sendiri. Ulama sekarang hanya berpegang kepada ayat-ayat Al Quran, Sunnah dan ilmu-ilmu dari kitab2 ulama terdahulu. Itu semua hanya kulitnya sahaja. Yg menjadi isinya adalah cahaya Al Quran. Berpandukan semua yg diatas tanpa Nur Ilahi apa jadinya?

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus. Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"”. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai”. Diriwayatkan oleh Ibnu Majah.

Disaat ini umat Islam sangat2 memerlukan kepimpinan agama utk menyelesaikan segala masalah yg dihadapi oleh umat Islam. Ulama tidak berfungsi mengikut keperluan semasa. Ulama sepatutnya tertumpu kepada masalah2 yg besar seperti Riba, Daulah Islam dll. Kerja yg sepatutnya boleh diselesaikan oleh juruteknik tetapi jurutera yg sibuk menanganinya. Padahal kerja jurutera ditinggalkan. Sudah jelas didalam hadis Rasulullah saw bahawa masalah yg paling besar diakhir zaman ini ialah Riba dan Kepimpinan. Ini bermakna ekonomi dan politik adalah masalah yg perlu ditangani oleh kepimpinan agama. Jika dia benar2 ulama maka pasti Allah SWT beri petunjuk dan jalan utk menyelesaikan masalah ini. Seandainya dia tidak diberi petunjuk dan jalan penyelesaiannya maka dia sepatutnya sedar siapa dirinya dan siapa yg diwakilinya. Jalan penyelesaian ada ditangan siapa? Itu harus dicari dan bukannya mengalih tumpuan kepada hal2 yg furu. Apakah soal doa qunut, kenduri arwah dll itu belum selesai? Oleh kerana ulama2 sebegini maka orang2 yg sepatutnya lebih layak tidak mendapat tempat sebagai pemimpin. Maka selamanyalah umat Islam dimundurkan dengan ilmu-ilmu mereka dan kegilaan2 mereka itu.

Daripada 3 hadis diatas maka boleh disimpulkan bahawa Islam berada ditahap yg kritikal kerana soal kepimpinan agama. Umat Islam sudah terputus hubungan dengan Rasulullah saw dan juga Al Quran. Inilah faktor yg menyebabkan bantuan Allah SWT kepada umat Islam terbantut. Ilmu-ilmu baru tidak sampai. Fahaman Islam sudah keinggalan zaman. Proses memperbaharui urusan agama juga terhenti. Khalifah, Mujadid, Wali dan Ulama Pewaris Nabi yg menjadi tunggak kepada kekuatan Islam telah digantikan dengan "Ruwaibidhah" dan “ulama mereka”. Umat Islam dan Islam sudah jadi apa sekarang?

Persoalannya adalah adakah "ulama mereka" dan "Ruwaibidhah" boleh membangkitkan Islam dan menyelamatkan umat Islam sekarang? Apakah umat Islam masih bermimpi disiang hari? Kalau mahu menikmati rasa manis, ambil lah manis itu dari madu dan bukannya dari mulut.Bukan kita yg sepatutnya mengejar dunia tetapi dunia yg sepatutnya mengejar kita. Pemimpin yg sepatutnya menguruskan kuasa dan bukannya kuasa yg menguruskan pemimpin.

* Cuba-cubalah umat Islam minta "ulama mereka" menjelaskan apa maksudnya Islam itu sebagai "agama resmi" sesebuah kerajaan. Istilah "agama resmi" itu bagaimana pula?

1 comment:

X tau sapa.. said...

spelling error : 2nd paragraph,makrifar

Bagaimana pula Ulama Pewaris Nabi boleh terhubung dengan Raulullah saw setelah kewafatan Baginda?